Takut Dengan Coronovirus, Permohonan Insurans Hayat Meningkat

Takut Dengan Coronovirus, Permohonan Insurans Hayat Meningkat

Sebarkan Kasih Sayang

Bila panik untuk menghadapi serangan coronovirus, ramai orang membelanjakan duit untuk dapatkan bekalan makanan yang secukupnya. Tapi panik itu juga mengundang orang ramai untuk dapatkan perlindungan insurans hayat.

Dalam menghadapi ketakutan yang meluas mengenai jangkitan dan kuarantin, ramai rakyat Amerika telah berusaha mendapatkan insurans bagi diri mereka dan orang yang tersayang.

Sebuah syarikat perkhidmatan kewangan luar negara, Fabrik, yang menawarkan insurans hayat secara online, berkata ia telah melihat ada peningkatan 50% permohonan insurans hayat sejak pertengahan bulan Februari. Syarikat itu juga telah melihat peningkatan yang sama bagi perkhidmatan kewangan lain.

Sementara itu juga, LifeQuotes, sebuah agensi insurans hayat dalam talian dari luar negara, melaporkan kenaikan 29% permohonan sejak 20 Januari 2020 yang lalu.

Nasihat untuk Pembeli Insurans atau Takaful Hayat

Jika anda bimbang tentang coronovirus dan memilih untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful hayat, itu adalah tindakan yang bijak. Selalunya setiap kemalangan yang berlaku tidak dapat dikawal. Jadi, baik untuk anda dapatkan perlindungan dengan secepat mungkin.

Sumber: Forbes

Open chat
perlu bantuan?
Assalamualaikum / Salam Sejahtera!
Boleh saya bantu?